Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Sunday, July 24, 2011

Sahabat Umpama Cermin

Assalamualaikum

Siapa kat dunia ini yang tak pernah ada kawan walau seorang. Ha, pakcik yang angkat tangan tuh nampak benor nipunya.. Hehe. Semua orang ada kawan atau pernah ada kawan. Cuma bezanya, adakah kita cuma mempunyai kawan tetapi bukan sahabat. Mungkin dua perkataan ini nampak sama erti pada bahasa tetapi, pada istilahnya dua perkataan ini membawa maksud yang SANGAT BESAR. Apa definisi sahabat yang sebenarnya?

Sahabat adalah seorang yang sentiasa menemani kita di kala susah mahupun senang, sentiasa ada sebagai pendengar setia dan menjadi tauladan yang baik kepada kita. Ini adalah pada definisi syira. Muehehe. Sebaliknya, kawan hanya dapat menemani di waktu senang dan bukan waktu susah dan mendengar hanya bila ada masa.


 Tapi, sedarkah kita bahawa sahabat sememangnya tak ubah seperti cermin. Kenapa syira umpamakan sahabat macam cermin. Haaaaaaa. Sebab, bila kita berkawan, kita akan merasa lebih senang dengan seorang yang sehati sejiwa dengan kita. Walaupun persamaan itu bukanlah dalam semua perkara, tapi sedikit sebanyak itulah yang menjadikan dia adalah sahabat kita dan kita adalah sahabat dia.

Jadi, untuk menilai diri sendiri, lihatlah bersama siapa kita berkawan. Macam mana perlakuan dia, sikap dan sifat dia. Sebenarnya, rupa kita pun hampir begitu la. Hal ini kerana kita tidak dapat menilai diri kita sendiri. Jadi, kita perluka cermin untuk membantu kita melihat penampilan kita sebagai contohnya.

Jerawat di muka tidak dapat kita ketahui sehingga kita melihat cermin atau merasa sakit kerana jerawat itu. Tidak ubah seperti keburukan diri yang kita sendiri tidak dapatlihat sehingga kita melihat bersama siapa kita kawan atau kita sedar sendiri perbuatan buruk yang telah kita lakukan apabila ia telah menjadi terlalu buruk (sama macam jerawat yang dah sakit) dan ini dah tentu terlalu lambat untuk kita menyedarinya.

Jadi, cerminlah diri kita melalui sahabat kita. Dan cara untuk mendapatkan sahabat yang baik adalah dengan menjadi sahabat yang baik.



Sahabat, kita berhak memilih.

14 comments:

aamalinaazman said...

yezzzza!
pilih kawan yg betol sebgai cermin hdup titeee=)

Hanim Irsyad said...

jadi sahbat yang baek :)


http://irsyanim.blogspot.com/2011/07/terima-kaseh-kepada-kau.html

Unknown said...

nice entry..=))

Ukhtifarhana said...

kawan kita boleh dapat banyak..tapi untuk mendapatkan seorang sahabat amat sukar...

Aisyah Hanis said...

Sweet BFF! Eca pon ade BFF jugak taww. http://aisyahhanis.blogspot.com/2011/07/saye-ade-awak-thx.html

Alif Haris said...

pilih kwn kene betul ..
sbb kwn antara pengaruh paling besa dlm hidup kita
lebih2 lg klu dah duk jauh drpd family

syiela said...

buruk sahabat kita buruklah kita..... moga kita kita masih ada sahabat di kala susah dan senang

tiefazatie said...

ye..btol2...hee...=)

Noor Fatin said...

kalau kita baik dgn org, insyallah org akan baik dgn kita.. hee

Ikin Nikisa said...

kawan ada hak dalam perkara yang membahagiakan kita ..
http://ikinnikisa.blogspot.com/2011/07/sempena-rindu.html

Syaza Kelyza said...

kat dunia kawan memang ramai tapi sahabat yang sukar dicari :')

Unknown said...

mencari shabat dikalangan bloggers :D

Anonymous said...

ssh kan nak carik shbt yg baek. hrp dri kte sendirikpun leh jadik shbt yg baek. ;)

ika said...

buruk kwn kte maka buruk la kte...baik kawan kte...maka baiklah kte...:D

Related Posts with Thumbnails