Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Wednesday, June 29, 2011

1st Giveaway from Mizayusof.com

Assalamualaikum

Haip korang. Jangan nakal2 di blog syira ye. Hoho. Okeh, tadi syira berblogwalking di petang yang nyaman, sambil baca entri yang syok2 dari rakan2 blogger syira, tetiba je kan, syira ternampak satu Giveaway yang menarik.

Kenapa syira cakap menarik? Ha, tengok banner bawah ni.


Best kan. So, nak join klik banner tuh okeh. Syira tag :

Iela
Bui
Maera

Ok. Itu je. Thanks.

I'm Free!!!

Salam Isra' Mikraj untuk semua.

Ecewah, kata pembuka yang lain sedikit sempena hari Isra' MIkraj yang jatuh pada hari rabu, 29hb June 2011 bersamaan dengan 27 Rejab 1432 Hijrah. Pagi yang indah hari ini bermula dengan hujan rahmat di sekitar kawasan rumah syira. So, syukur alhamdulillah. Tak tahu lah tempat korang cemana. Tapi, antara waktu doa yang dimakbulkan ialah pada waktu hujan yang lebat.

Hari ini, syira cuma duduk rumah menghabiskan sisa2 cuti semester yang cuma berbaki lagi satu minggu je. Sob sob. 11 Julai ni dah masuk belajar balik. Pelik kan? Itu lah kan, dekan fakulti syira memang tak suka cuti lama2 macam ni. Hehe.

Kebetulan jatuh pada hari yang sama dengan Isra' Mikraj, hari ini juga merupakan hari terakhir bagi lesen syira untuk bergelar 'Lesen Percubaan'. Mungkin ada yang kata,

"Ek eleh, budak hingusan baru nak habis P ke?"



Jawapan syira "ada aku kesah?" Hehe. Takde lah. Susah juga la syira nak dapat keberanian untuk bawa kereta. Lebih-lebih lagi kereta manual kan. Orang ramai (terutama lelaki) mungkin pandang rendah kalau perempuan yang bawa. Apatah lagi kalau perempuan yang masih lagi berlesen P kan. Betul tak pembaca2 lelaki di luar sana? =.='

Tapi, syira still akan biar sticker P kat baby blue (kereta Savvy syira) sebab untuk keselamatan nak kata ayah syira. Anak ayah. Erk. Sebelum nak ambil lesen kereta ni, syira ni memang jenis tak pernah sentuh stereng kereta sebelum belajar bawa kereta dengan cikgu memandu syira. Yang kelakar nya tuh kan, syira siap boleh mengaku dekat cikgu memandu tuh

"cikgu, saya ni start enjin kereta pun tak reti tau."


Jujur tak syira? Hehe. Ini mengada nak minta sekeh namanya. Buat malu je syira ni kan. Dan yang terkini

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaaaaaaaaaaa. Apa pasal muka lagi beso dari Lesen P. Hua, tensen betul. Nak pi buat senaman muka la kasi kecik sikit. K bye.


Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum



Tuesday, June 28, 2011

Dua Darjat

Assalamualaikum

Apa pasai tajuk entri ini macam cerita P. Ramlee punya filem pula? Haha. Memang tak dapat dinafikan, isu ini memang akan sentiasa wujud dalam masyarakat kita walaupun hakikatnya negara semakin maju menuju kecemerlangan dari setiap aspek.

Apa maksud dua darjat yang syira nak bincang kat sini ialah antara orang berada dan orang tak berapa nak berada la (orang susah). Ha, memang tipikal punya story la kan. Orang kaya akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Pergi ke mana pun, mereka akan sentiasa dihormati dan diutamakan. Lebih-lebih lagi di tempat-tempat elite.


Sedangkan, adakah keluhuran hati mereka seluhur duit mereka. Memang. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Syira cuma bincangkan tentang segelintir daripada mereka. Sedangkan, darjat yang paling mulia dapat dinilai dengan melihat darjat seorang insan itu di sisi Allah.

Mungkin, mereka banggakan duit kekayaan yang mereka dapat hasil titik peluh mereka sendiri. Tetapi, ingatlah bahawa duit yang ada dalam simpanan mereka itu semua hanyalah secubit rezeki yang Allah kurniakan pada hambaNya. Cuma secubit! Tiada apa yang perlu dibanggakan. Kerana duit bukan pengukur tahap kedudukan seseorang di sisi Sang Pencipta.

Jadi, apalah yang dipandang pada harta andai hati hitam penuh kekotoran. Tapi sayang kerana duit itu nyata, sedang hati itu bukanlah ilusi, cuma ia tak dapat dilihat dengan mata kasar.

Syira hidup sederhana je. Zuhud itu yang penting. Cett! Ye la tuh, kan.

Nota kaki : Musim-musim sejuk sebab hujan cenggini buat syira asyik nak pergi toilet je. Erk. Apa kaitan? =.='


Second Chance Will Not Be Third

Assalamualaikum






Monday, June 27, 2011

Emas dan Dot Dot Dot

Assalamualaikum

Ha, ada perasan apa2 baru tak kat blog syira? Ha, buat sesiapa yang selalu jengah blog syira yang bersawang ni mesti perasan ada banyak perubahan kan. Apa? Tak perasan? Sebab tak selalu datang pun? Ok, fine. Merajuk! Hehe. Takde la Anyway, comel tak? Ha, kalau nak belajar, apa lagi, sila bawa cursor anda ke link tutorial kat atas tuh ok. Jangan segan2 kalau nak blog gemerlapan. Eceh, ayat tak boleh blah.

Eh, syira dah melalut apa ni. Sebenarnya kan, syira nak cerita pasal emas. Syira tak tahu la macam mana boleh terjebak dalam minat ini pun syira tak tahu la. Tapi, yang pastinya kan, syira memang buat research la tentang macam mana kita nak untung bila kita melabur dengan emas ni.


Mula-mula, korang tak payah risau nak beli emas waktu ni cakap harga emas sekarang tengah naik ke, tengah mahal ke. Sebab harga emas memang susah atau takkan turun. Tak boleh la nak cakap takkan sebab Allah itu Maha Kuasa.

So, kalau korang beli emas mahal pun sekarang, harga dia memang akan sentiasa bertambah mahal. Ini ada kelebihan kalau kita beli emas perhiasan (macam cincin, rantai, subang) berbanding kita beli emas ketul2 (bukan jongkong emas) yang belum dibentuk lagi.

Emas Fizikal Simpanan Emas di Bank
Emas disimpan dalam bentuk fizikal, kata orang alah membeli menang memakai Emas dibeli dalam bentuk saving/investment account dengan baki minimum setiap masa
Kepelbagaian dalam design dan boleh dijadikan perhiasan Tiada kepelbagaian rekabentuk, untuk pelaburan semata-mata
Mudah dijual secara tunai pada bila-bila masa Mudah dijual dalam waktu urusniaga bank
Emas boleh dipajakgadai / al Rahnu sekiranya memerlukan tunai dalam masa yang sama tidak kehilangan aset emas Tidak boleh digadaikan. Sekiranya memerlukan tunai, aset emas perlu dijual
Risiko – kehilangan dan kecurian Simpanan emas terjamin
Kadar susut nilai (spread) tinggi disebabkan harga belian termasuk kos upah Kadar jualan semula lebih tinggi mengikut harga live-rate (hanya caj bank dikenakan)

Korang faham tak apa yang ditulis. Okeh la. Syira terangkan sikit berdasarkan pemahaman syira. Emas perhiasan ni kita boleh beli mengikut kemampuan kita. Maknanya kalau modal kecil pun boleh melabur. Beli yang seratus, dua ratus punya. Pastu boleh pakai lagi sebagai perhiasan mengikut mahar yang dibenarkan setiap negeri. Sebab kalau lebih, kena keluarkan zakat. Korang sedar tak sedar, korang dah pakai berapa lama, bila nak jual balik, harga dia memang dah mahal la kan.

Kalau emas ketul2 yang disimpan dalam bank untuk tujuan pelaburan ini, agak memerlukan modal yang besar sikit la. Ye la, sebab nak melabur dengan bank kan. Tapi, emas ketul ini takda kos upah. So, korang memang beli harga emas. Kalau macam sekarang ini, korang beli 1gram, Rm167. Tapi kalau beli emas perhiasan, korang beli 1gram, mesti akan lebih dari RM167 sebab dia termasuk sekali kos upah membentuk emas tuh jadi perhiasan (cincin, gelang).

Ini adalah salah satu cara berniaga. Tapi, pastikan kita berniaga dengan cara yang halal. Okeh? Syira pun baru je berjinak-jinak dengan emas ini. Nanti kalau dah liar, lain pula ceritanya. Korang boleh google je kalau nak tahu lebih lanjut tentang emas ini.



Sunday, June 26, 2011

Contest Blink Blink

Assalamualaikum

Haip korang. Syira penat baru balik dari shopping kat jalan TAR dengan kawan syira, syamimah dengan cousin syira, atiqah. Kawan dengan cousin pun boleh 'kamcing' apa! Hehe. Takmo cite pasal shopping tuh. Next entry I story mory you all okeh. Muehehe.

Tapi, tiba2 masa syira buka shoutbox syira, ternampak jejak Mrs. Farhan ni. Dia ajak join contest. Syira ni memang. Memang pantang diajak! Mudah terpengaruh betul. Tak patut. Tak patut. Takmo cerita panjang la. Sebab syira penat. Alasan kan?

Contest yang syira join ni nama dia contest blink blink anjuran Hanan dengan Ainaa. Walaupun, blog syira tak berapa nak blink sangat kalau nak dibandingkan dengan blog adik2 chumel yang suka blink kat luar sana tuh kan, tapi ada syira kesah.? Kuang kuang kuang. Syira redah aje la.


Ini banner contest. Simple and cute. So, apa lagi? Nak join? Klik sini.

Jadi, syira nak tag :

Iela



A Blind Boy with A Noble Man

Assalamualaikum







Credit here.


Saturday, June 25, 2011

Rezeki Berlipat-lipat Ganda

Assalamualaikum

Syira penat sangat okeh? Penat sangat. Semalam satu hari, syira tak dapat rehat langsung. Macam biasa aktiviti harian syira buat masa cuti yang hanya tinggal baki sikit je lagi kan, syira jadi 'driver' ambil dan hantar anak jiran ke sekolah. Lepas amik dari sekolah je tenghari semalam, syira terus drive ke Sg Buloh. Sebab apa?

Sebab semalam last day kena buat 'clearance' bilik masing2 sebelum pindah ke Selayang. Yup! Starting on this new semester, I'll have my practical session at Selayang Hospital. Kalau terserempak, pura2 tak kenal! Hehe.

Tengok tajuk entri kat atas. Sila percaya. Pagi semalam, buka je blog sambil usha2 nuffnang yang baik hati kan. Tengok memang betul. Nuffnang bagi BE kedua kat syira! Syira tersangat la gembira kan. Sampai lompat cecah siling.


Tengok! Tengok! Nuffnang bagi syira BE apa? Yang Digi Super Reload tu BE pertama syira. Syira ada cerita pasal BE pertama syira kat sini.Yang bawah dia tu. Snek Ku Naked Turtle?! What the fish?! Ingat blog syira ni blog kanak-kanak ribena ke? Tapi, memang pun. Ye tak? Ok, fine fine fine! =.='


Tengok tuh. Iklan dia ha.Tapi, syira tak kesah. Kalau dah di situ rezeki syira. Apa-apa pun thanks so much Nuffnang. Sayang Nuffnang ketat-ketat. Hehe. Ok. Sekarang nak cerita pasal rezeki kedua syira yang datang mencurah ke ladang gandum jadilah COCO CRUNCH! Apa dah syira merepek ni? :')


Tengok tuh! Siapa yang jadi follower ke-300? It's me! Yeay me! Hehe. Syira jadi follower ke-300 untuk blog zie. Korang kenal tak? Apa? Tak kenal. Rugi woo! Hehe. Best la baca blog dia. Kalau tak, takkan la syira follow. I follow! Hehe. So, korang! Apa lagi. Jom kita pergi blog dia. Dia ada buat entri pasal syira sebagai penghargaan. Terharu mak! Klik sini.


Ini header dia. Comel kan budak nya. Hehe. Tak rugi jadi follower dia. Siap dapat tahu secret lagi. Muaha. Mane boleh kasi tau. Nama pun 'secret'.

Okeh. Syira penah bagi tutorial camana nak beramah mesra dengan Nuffnang supaya boleh dapat BE kat sini. Kalau nak tengok. Kalau taknak, sudeehhh.

Nota kaki : Kalau nak tambah income lagi, leh klik sini atau sini.


Thursday, June 23, 2011

Hernia : Angin Pasang

Assalamualaikum

Entri kali ini, syira saja nak kongsi pasal medical sikit. Because of what?? Because sharing is caring. Ha, pandai adik-adik akak. Hehe. Penyakit ni syira rasa tak asing lagi bagi rakyat Malaysia sebab orang tua2 panggil dia 'angin pasang'.

Sebenarnya, bukan orang tua je. Orang muda pun panggil gitu juga. Syira je panggil HERNIA. Ekeke. Syira belajar penyakit ni masa dalam posting surgery *nama glamour dia pembedahan. Kitorang biasalah kan, kena interview pesakit2 yang ada kat ward permbedahan tu kan.


So, ada satu hari ni kan, syira dengan kawan ada interview sorang pakcik. Bila first time tanya, pakcik tu jawab

"Pakcik ada angin pasang. Dah 3 tahun."


Ha, syira pun tergaru2 kepala yang takda kutu ni kan, apa benda lah angin pasang ni. Tapi, bila tanya kat doktor pelatih baru tahu. Hernia rupanya. Nak tahu kenapa dah 3 tahun, baru pakcik ni datang jumpa doktor?

Sebab angin pasang ni biasanya tidak menyakitkan dan boleh dikurangkan atau term yang digunakan 'reducible'. Jadi, pada permulaannya, pesakit memang tidak akan berjumpa dengan doktor jika dia tak ambil berat tentang kesihatan.

Dan biasanya, hernia ini terjadi disebabkan oleh kelemahan dinding atau otot di bahagian abdomen. Seterusnya menyebabkan sebahagian daripada usus terkeluar dari kawasannya.

Berdasarkan permerhatian syira, otot itu menjadi lemah apabila seseorang itu kerap mengangkat barangan berat sewaktu muda untuk jangka masa yang panjang. Contohnya, jika dia kerja mengangkat tong gas ke, angkat berguni2 beras ke. Jadi, kebiasaannya, orang yang berumur dan lelaki yang menhidapi penyakit ini. Tapi, perempuan pun tidak terkecuali.


Ada banyak tempat hernia ini boleh terjadi. Tapi, kebiasaannya di bahagian inguinal *sila rujuk gambar. Bayi juga ada kemungkinan untuk mendapat hernia jenis umbilical hernia terutamanya akibat pembentukan dinding atau otot di bahagian pusat yang lemah ketika di dalam kandungan ibu.


Tapi, mengapa pesakit perlu berjumpa doktor walaupun di peringkat awal penyakit? Walaupun pada peringkat awal penyakit, tiada pembedahan yang perlu dilakukan tapi kita boleh mencegah hernia yang boleh masuk balik (reducible) daripada berubah menjadi kepada hernia yang tak boleh masuk balik (irreducible). Macam mana tuh? Dengan memakai hernia truss.

.
.
.
.
.
Tadaaaaaa. Ini gambar patung ye. Harap maklum.

Hernia truss ini hanya boleh digunakan untuk reducible hernia kerana ia mungkin boleh menyebabkan melecet jika digunakan pada irreducible hernia.

Nota kaki : Jadi, kepada sesiapa yang mengalami masalah ini, sila berjumpa pakar untuk mengelakkan komplikasi yang lebih buruk seperti usus yang tersumbat dan seterusnya menyebabkan pembesaran perut dan tak boleh makan. Jadi, sila jaga kesihatan anda. Peace yaa!



Ibu Bangga Denganmu, Nak.

Assalamualaikum

Korang nak tahu satu rahsia tak? Bila mana kita dapat result cemerlang gemilang terbilang atau dapat belajar tempat bagus2 ke kan, atau pun dapat kerja bagus2 *bagi yang sudah bekerjaya, ibu bapa kita bangga dengan kita.

Mungkin kita tak nampak semua tuh, sebab perasaan itu lahirnya dari hati dan hanya dilahirkan tanpa sedar. Bila mana ibu bapa kita berbual dengan kawan2 mereka, tanpa ditanya mereka sendiri rela berkongsi cerita mengenai kejayaan kita.

"Kau nak tahu tipah, anak aku ha, ye yang along tuh kan, dah belajar kat over-the-sea you know!"

Kadang-kadang, yang bukan sedara pun mengaku sedara tauu.

*pic sumbangan En. Google*

Bukan niat mereka untuk menunjuk-nunjuk, tapi itulah luahan perasaan punya anak seperti kita. Kerana anak itu adalah hasil benih mereka sendiri. Hasil mereka berpenat lelah hanyalah untuk anak. Itulah hasil jagaan dan didikan yang diberikan selama mana kita membesar. Hanya linangan air mata kegembiraan dapat menjadi teman.

Nota kaki : Betapa gembiranya apabila kita mendengar ibu bapa kita bercerita tentang kejayaan kita pada teman2 mereka bukti mereka bertuah punya anak seperti kita. >_<




Wednesday, June 22, 2011

Senarai Nama : Segmen AKU PROMOTE KAU PROMOTE AKU by Ben Ashaari

Assalamualaikum

Ha, korang. Selepas berpenat lelah mengunjungi hampir ke semua blog dalam segmen ben ashaari, so tugasan seterusnya, ialah untuk senarai blogger yang berkunjung ke blog syira. So, cekidaut! Mereka syok woo.

  1. http://lalabiela.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  2. http://sitizarizza.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  3. http://www.lailyqaisyirah.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  4. http://cahayapelangie.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  5. http://www.alyaesprezzo.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  6. http://kisahkauakudankancil.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  7. http://nadznur.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  8. http://www.prince91.com/2011/06/contest-anda-bagi-gambar-prince-bagi.html
  9. http://wardahalisya.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  10. http://sukmabintara.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  11. http://coretanharapan.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  12. http://ahmooyymunchett.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  13. http://kunangkunang3017.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  14. http://www.rafinamimi.com/2011/06/segmen-aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  15. http://misscha-cecite.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  16. http://islandgurlz88.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  17. http://miss-nadya.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  18. http://farahahalife.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  19. http://lulu-pages.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  20. http://gurlgemini.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  21. http://papamacho.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  22. http://mrbaiz.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  23. http://smalamariinimasadepan.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  24. http://simpl3blog.blogspot.com/2011/06/segmen-aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  25. http://teynteyndoll.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  26. http://simpl3blog.blogspot.com/2011/06/segmen-aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  27. http://viniyamey.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  28. http://sempoi-zone.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  29. http://www.areliff.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  30. http://ladybirdakaluply.blogspot.com/2011/06/segmen-aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  31. http://www.sunahsukasakura.com/2011/06/wordless-wednesday-8-aku-promosi-kau.html
  32. http://frommetoyou85.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  33. http://budakshumort.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  34. http://hadifar-fyda.blogspot.com/2011/06/segmen-aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  35. http://syuhadahrazali.blogspot.com/2011/06/segmen-aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  36. http://memyselfandnotirene.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  37. http://mienkarim.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  38. http://cahayakeharumanku.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  39. http://www.trioseposen.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  40. http://alfredshin.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  41. http://sailaaf.blogspot.com/2011/06/segmen-aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  42. http://farabudakbaik.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  43. http://heartylolipop.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  44. http://akueddie.com/2011/06/22/aku-promosi-kau-promosi-aku/
  45. http://zippomiller.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  46. http://unguvioletlovelifestory.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  47. http://bibie-mumui.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  48. http://esmeda.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  49. http://fadzli-rt.blogspot.com/2011/06/kenapa-aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  50. http://themrizzo.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  51. http://bombay-913.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  52. http://gadislollipops.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
Fuh! Memang seronok betul jadi promoter ni. Ha, tunggu apa lagi tuh? Moh le ke blog kawan2 baru syira ni. Happy blogging, u oll!


AKU PROMOSI KAU PROMOSI AKU

Assalamualaikum


Hai korang kat depan laptop tuh? Tengah baca blog syira kan? Ha, ni syira nak join segmen yang abg ben ashaari buat. Korang pun tahu abg ben yang baik hati ni memang rajin buat segmen. Nak join, klik sini. Sampai pukul 3.30 petang. Cepattttttt!




Wordless Wednesday #2



Tuesday, June 21, 2011

Tutorial : Sesi Beramah-mesra dengan Nuffnang

Assalamualaikum

Ha, korang! Seperti yang telah syira janjikan dalam komen syira di entri ini kan. Syira janji nak buat tutorial pasal Nuffnang sempena syira dapat BE pertama syira. Ini semua hasil kesudian korang untuk datang lawat blog capuk syira ni kan. Budi korang memang tak dapat syira nak balas. Ini la yang syira termampu. So, are you ready?

Kadang2, kita rasa kita blogwalking separuh nak mati, update entri hari-hari, tapi income macam ciput je. Nak dapat BE atau ME pun payah kan. So, di sini syira nak sediakan tips2 sikit la. So, korang boleh ikut ye.

1. Korang harus, mesti dan sepatutnya setia dengan Nuffnang sebab Nuffnang ni kuat cemburu!

2. Kalau boleh, cuba, try, test, letak tiga-tiga jenis iklas Nuffnang pada blog anda (leaderboard, skyscraper and large rectangle) sebab kadang2 kita tak tahu iklas mana satu yang selalu mendapat perhatian para pembaca.

3.Rajin-rajinkan diri anda untuk update survey. Kalau boleh seminggu sekali. Cemana nak update dan kat mana? Ha, meh sini syira tunjuk.

Klik Ctrl + c dan klik pada gambar serentak untuk tumbesaran yang menyihatkan!


* a) First of all, korang klik kat Blog Manager tuh.*


* b) klik kat update survey yang syira dah kotakkan dengan kotak pink tuh*


* c) Pastuh, korang update la survey nih dan especially soalan no 13 ni, tolong isi dengan bersungguh-sungguh mengikut citarasa korang. Kalau boleh, karang lah ayat bunga2 sikit supaya senang hati Nuffnang bila baca. Dia nak bagi BE atau ME, diorang ikut blog korang ni cerita pasal apa. Kalau pasal gadget, dia bagilah iklan handphone ke apa ke kan.*


4. Sekali-sekala, korang boleh juga hantar 'ticket' pada Nuffnang tentang pertanyaan apa-apa la. Bukan ticket wayang bagi rasuah ye. Dekat sini ha.

* a) Mula-mula korang klik dekat 'contact us' yang ada tertera kat atas sekali pada home page Nuffnang nih*


* b) Lepas tu, korang pilih advertiser enquiries/suggestions tu kan*


* c) Then, korang tulis tajuk kat dalam kotak subject. Tengok contoh macam syira buat ni. Lepas tu, karang la ayat korang sebaik mungkin. Better dalam english. Tapi, bahasa melayu pun boleh kottt. Hehe. Priority dia terpulang pada korang. Kalau rasa tidak la emergency sangat buat low atau medium sudeeeeehhh.*

5. Selain tuh, korang leh join Heartbeat atau Churp Churp. Diorang ni adik-beradik je dengan Nuffnang. So, takde sesi cemburu buta kat sini. Okeh.

Good Luck!




Jiwa Kacau 1st Anniversary Giveaway

Assalamualaikum

Dah agak lama syira tak join GA atau contest. Bila syira join GA atau contest, tujuan nya cuma nak mengeratkan silaturrahim sesama blogger2 di Malaysia
*kalau dengan luar Malaysia pun boleh juga hehe. Kalau ada rezeki menang, alhamdulillah.

So, kali ini, syira nak join Jiwa Kacau 1st Anniversary Giveaway. Syarat dia mudah dan simple je bak kata tuan punya GA.
Hihi

*nak join. sini. klik sini*

- Buat satu post tajuk macam kat atas nie…
- Copy banner dan letakkan ke dalam post… Link kan banner ke post nie…
- Buat satu entry simple dan make sure ade name blog Jiwa Kacau dan di linkkan ke post nie atau blog nie…
- Tag 5 orang blogger lain…
- Copy banner dan letak di sidebar (tak wajib)…
- Follow blog nie (tak wajib)…
- Follow Facebook fan page (tak wajib)…
- Follow Twitter (tak wajib)…
- Tinggalkan link post penyertaan anda di kotak komen di bawah…
- Peseta mesti mencecah 100 orang sebelom pertandingan ini ditutup…

Syira nak tag :

iela
fatin
nur
myra
bui


Hadiahnya…
- Satu domain percuma dan hosting 1GB Storage dan 10GB Bandwidth selama setahun…
- Satu domain percuma selama setahun.
- Hosting 1GB Stroge dan 10GB Bandwidth percuma selama setahun…

Nak tahu lebih lanjut, jom la pergi blog Jiwa Kacau ni. Tuan punya blog selalu guna nickname 'Blur' masa blogwalking. Mesti korang pernah nampak kan. Rajin juga dia BW. Hehe. Betul tak, blur?

Nota kaki : Apa pasai line streamyx lembab semacam je ni. Habis nafsu syira nak blogwalking ke blog blogger2 tercinta *bukan ayat membodek. Hoho.



Monday, June 20, 2011

Macam Mana Kalau Suami Lagi Pandai Masak Dari Isteri

Assalamualaikum

Ha, amacam tajuk entri? Ada yang rasa tergugat tak? Kaum hawa kat luar tuh mesti dah panas punggung kan. Ha, syira yang mewakili kaum hawa ni pun kan, rasa tercabar bila isu ini diungkit.


Ye la kan, setinggi mana pun tahap pendidikan seorang perempuan tuh kan, kalau tak pandai masak, baik tak payah buat calon bini.

Ada ke peribahasa camtu? =.='

Kalau korang perasan memang chef-chef terkenal kat hotel-hotel atau restoran-restoran mewah semuanya terdiri dari kaum lelaki. Perempuan tinggal jadi waitress pikat atau layan customer. Even dekat gerai tepi jalan pun camtuh.

Syira duduk mengumpat pasal siapa sebenarnya nih. Ni ha. Pasal encik kat bawah ni.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tengok tuh. Dia boleh buat muka selamba dengan perasaan tak bersalah kan. Syira pernah bagi dia rasa masakan syira kan, habis dikomen nya. Ye la, syira ni memang bukan la pro sangat bab memasak ni kan, tapi biasa la orang belum kahwin. Erk, boleh ke bagi alasan cenggitu.?

Alamak. Kantoi gambar syira sedang menjalankan spot check kalau2 ada gambar gf lain kan. Takleh bagi muka ni. =.='

Nota kaki : Macam Mana Kalau Suami Lagi Pandai Masak Dari Isteri ? Jawab, jawabbbbbb..


Related Posts with Thumbnails